Berita Terkini
recent

Tom Petty meninggal dunia

PENYANYI rock, Tom Petty meninggal dunia di usia 66 tahun kerana serangan jantung, lapor E New!

Pengurus penyanyi tersebut mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan.

"Mewakili ahli keluarga Tom Petty, adalah mendukacitakan untuk sahkan bahawa ayah,suami, abang, ketua dan sahabat tersayang, Tom meninggal dunia.


"Beliau terkena serangan jantung di rumahnya awal pagi  dan dibawa ke pusat perubatan UCLA sebelum meninggal dunia sambil ditemani ahli keluarga, ahli kumpulan dan para sahabat," kata kenyataan tersebut.


Petty merupakan ketua kumpulan rock, Tom Petty and The Heartbreaker dan sepanjang kariernya di dalam industri, dia telah melancarkan 13 album, pemenang Grammy sebanyak tiga kali.

Baru-baru ini juga, beliau telah dianugerahkan sebagai MusicCare Person Of The Year 2017.

Dia meninggalkan dua orang anak perempuan, Adria dan Kimberly Violet serta seorang balu, Dana York yang dikahwininya sejak tahun 2001.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.