Tom Cruise Sedia Kahwini Vanessa Kirby

PELAKON Tom Cruise dikhabarkan sudah bersedia untuk berkahwin dengan Vanessa Kirby yang turut menjadi gandingannya dalam filem Mission: Impossible 6.

Menurut laporan Hollywood Life, Tom, 55, mahu melamar bintang itu setelah berpisah dengan Katie Holmes lima tahun lalu.

Menurut satu sumber, Tom mula mengenali Vanessa sewaktu menyaksikan filem The Crown.

Selepas itu, Tom yang kagum dengan lakonan Vanessa meyakinkan produser Mission: Impossible 6 untuk mengambil aktres itu berlakon bersamanya.

Sumber itu turut berkata, Tom dan Vanessa sememangnya mempunyai keserasian sewaktu berlakon bersama dalam filem itu.

Filem Mission: Impossible 6 yang diarahkan oleh Christopher McQuarrie dijangka akan mula ditayangkan pada Julai tahun hadapan.


Tom Cruise Sedia Kahwini Vanessa Kirby Tom Cruise Sedia Kahwini Vanessa Kirby Reviewed by Kakigosip on 05:22:00 Rating: 5
Powered by Blogger.