"Time To Move On", Hans Isaac Umum Tak Jadi Kahwin

PELAKON, penerbit dan pengarah kacak, Datuk Hans Issac mengumumkan membatalkan perkahwinan dengan tunangnya, Gabrielle Robinson sebentar tadi.

Dalam satu kenyataan Hans berkata, keputusan dibuatnya setelah berfikir panjang selepas mereka mengikat tali pertunangan pada 29 Februari lalu.

"Dengan berat hati saya umumkan bahawa rancangan saya untuk berkahwin, setelah bertunang pada 29 Februari awal tahun ini, terpaksa dibatalkan.

"Keputusan untuk membatalkan rancangan perkahwinan ini tidak mudah dan dibuat setelah berfikir panjang susulan daripada pertunangan tersebut," katanya.


Dalam pada itu, Hans memohon maaf kepada semua rakan dan keluarga yang telah memberikan sokongan yang tak terhingga dan mendoakan terbaik buatnya.

Sebelum ini, tanda tanya mengenai krisis hubungan antara mereka sering menjadi persoalan.

Pasangan ini bertunang pada 29 Januari lalu.

Mereka sepatutnya melangsungkan perkahwinan di Gereja Saint John Cathedral, Kuala Lumpur manakala majlis resepsi pula dilakukan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.
"Time To Move On", Hans Isaac Umum Tak Jadi Kahwin "Time To Move On", Hans Isaac Umum Tak Jadi Kahwin Reviewed by Kakigosip on 13:52:00 Rating: 5
Powered by Blogger.