Berita Terkini
recent

Tidak pernah putus cinta

Lirik lagu Shawn Mendes yang menceritakan mengenai kesedihan dan percintaan pasti membuatkan pendengar menyangka penyanyi itu pernah mempunyai kekasih.

Bagaimanapun, penyanyi lagu hit Stiches itu dalam temu bual baru-baru ini mendedahkan dia sebenarnya tidak pernah putus cinta.

Penyanyi berusia 19 tahun itu mengakui menokok tambah mengenai kisah percintaannya dalam lagu dihasilkan.

“Saya pernah bersedih kerana cinta namun tidak seteruk seperti dikatakan,” katanya ketika menceritakan pengalaman bercinta.

Namun, Mendes tidak kisah sekiranya perlu putus cinta kerana menganggap situasi itu sebagai ilham untuk menghasilkan album baru.

“Rasanya, saya belum pernah putus cinta dan menganggap diri bertuah. Namun, saya tidak sabar melalui saat itu kerana saya pasti dapat mencipta lagu hebat mengenainya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mendes dan penyanyi terkenal Taylor Swift menjadi artis menerima jumlah pencalonan paling banyak untuk anugerah MTV EMA 2017.

Mendes dicalonkan dalam lima kategori termasuk Lagu Terbaik dan Artis Terbaik. Manakala Swift mendapat enam pencalonan yang termasuk kategori Video Terbaik untuk lagu Look What You Made Me Do.

Mendes mula belajar bermain gitar pada usia 13 tahun dan lagu There’s Nothing Holdin’ Me Back menjadi single kelima berada dalam senarai Top 20 carta muzik Billboard Hot 100.

Dengan popularitinya yang semakin meningkat, penyanyi itu memperoleh jualan tiket konsert jelajah mencecah RM135.38 juta.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.