Berita Terkini
recent

Tidak mungkin 'berpatah balik'

Robert Plant mengatakan ‘reunion’ Led Zeppelin tidak akan berlaku dengan menegaskan ‘tidak dapat berpatah balik ke belakang’.

Led Zeppelin tidak pernah mengadakan persembahan dalam tempoh sedekad sejak kali terakhir tampil di Arena 02 London pada Disember 2007.

Konsert itu adalah ‘tribute’ buat Ahmet Ertegun - antara catatan bersejarah dimuat dalam set CD dan DVD ‘Celebration Day’ kumpulan itu pada 2012.

Konsert terbabit me­nyaksikan Jason Bonham menggantikan mendiang bapanya John Bonham selaku pemain dram.

Selain itu, konsert berkenaan menampilkan anggota asal Led Zeppelin seperti Jimmy Page (gitar) dan John Paul Jones (bass).

John Bonham meninggal dunia pada 1980 yang membawa kepada pembubaran Led Zeppelin.

Dalam satu temu ramah terbaru bersama Daily Telegraph baru-baru ini, Plant ditanya peluang buat Led Zeppelin berkumpul semula untuk mengadakan banyak persembahan ‘live’.

“Anda tidak dapat berpatah balik ke belakang.

“Ia cukup sukar buat kita mengulangi perkara sama biarpun baru setahun, apatah lagi bagi sesuatu yang sudah berusia 49 tahun. Saya perlu meneruskan kehidupan dan memandang ke depan,” katanya.

Plant adalah satu-­satunya anggota Led Zeppelin yang enggan menerima tawaran untuk ‘reunion’ band rock legenda itu.

Biarpun promoter cuba memujuk mengadakan beberapa siri konsert, Plant tetap komited terhadap hala tuju muzik solo terbarunya berasaskan akar umbi blues ‘Americana’.

Album berjudul Carry Fire dilancarkan pada 13 Oktober lalu menerusi rakaman Nonesuch/Warner.

Ia adalah susulan Lullaby And. The Ceaseless Roar pada 2014 dihasilkan oleh Plant di barat England dan Wales dalam studio rakaman Top Cat di Box, Wiltshire dengan rakaman tambahan dilakukan di Real World serta studio Rockfield.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.