Berita Terkini
recent

Tiada 'reunion' Led Zeppelin kata Plant

ROBERT Plant mengatakan reunion ‘kemungkinan’ kumpulan Led Zeppelin tidak akan berlaku dengan menegaskan ‘tidak dapat berpatah balik ke belakang.’

Led Zeppelin tidak pernah mengadakan persembahan dalam tempoh sedekad sejak kali terakhir tampil di Arena 02 London pada Disember 2007.

Konsert itu adalah ‘tribute’ buat Ahmet Ertegun - antara catatan bersejarah dimuat dalam set CD dan DVD "Celebration Day" kumpulan itu pada 2012.


Set terbabit menyaksikan Jason Bonham menggantikan mendiang ayahnya John Bonham selaku pemain dram dalam skala konsert besar anggota asal kumpulan itu yang turut menampilkan Plant (vokal), Jimmy Page (gitar) dan Paul Jones (bass) sejak kematian John Bonham pada 1980.

Dalam satu temu ramah terbaru bersama Daily Telegraph, penyanyi terbabit ditanya peluang buat Led Zeppelin berkumpul untuk mengadakan banyak persembahan ‘live’.

"Anda tidak dapat berpatah balik ke belakang," katanya.

"Ia cukup sukar buat kita mengulangi perkara sama biarpun baru setahun apatah lagi sesuatu yang sudah berusia 49 tahun. Saya perlu meneruskan kehidupan dan memandang ke depan."

Plant adalah satu satunya anggota enggan menerima tawaran untuk reunion Led Zeppelin.

Biarpun promoter cuba memujuk mengadakan beberapa siri konsert, Plant tetap komited terhadap hala tuju muzik solo terbarunya berasaskan akar umbi blueas ‘Americana’.

Album Robert bertajuk Carry Fire dilancarkan pada 13 Oktober menerusi rakaman Nonesuch/Warner.

Ia adalah susulan Lullaby And… The Ceaseless Roar pada 2014 dihasilkan oleh Plant di barat England dan Wales dalam studio rakaman Top Cat di Box, Wiltshire dengan rakaman tambahan dilakukan di Real World dan studio Rockfield.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.