Berita Terkini
recent

The Weeknd Berbaik Semula Dengan Bella Hadid

PENYANYI The Weeknd yang kini bercinta dengan Selena Gomez dikhabarkan mahu berdamai dengan bekas kekasihnya, Bella Hadid kerana hubungan mereka yang berakhir dengan tidak baik suatu ketika dahulu.

Menurut laporan Hollywood Life, The Weeknd mendapat inspirasi untuk kembali bersahabat dengan Bella kerana tindakan buah hatinya Selena yang dilaporkan sudah berbaik semula dengan Justin Bieber.

Ujar The Weeknd, dia mahu membetulkan keadaan dan perlu memohon maaf atas apa yang telah berlaku sebelum ini.

Mereka sebelum ini menjalin cinta lebih setahun sebelum berpisah pada November tahun lalu.
Selepas itu, The Weeknd berpacaran pula dengan Selena Gomez.

Dalam pada itu, Selena dilaporkan telah berdamai dengan bekas keasihnya, Justin Bieber dan kembali bersahabat.


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.