Berita Terkini
recent

Tengok sampai habis baru komen

PELAKON dan pengacara, Neelofa tidak terkesan dengan komen-komen segelintir netizen di laman sosial yang mengkritik lakonannya dalam drama bersiri Red Velvet.

Drama 20 episod yang menggandingkan Neelofa dengan Alif Satar itu disiarkan di Astro Ria sejak Isnin lalu, jam 10 malam.

Neelofa berkata, drama itu baru saja ditayangkan dan dia berharap peminat terus menonton drama itu sehingga habis sebelum memberi sebarang kritikan.

"Mereka terlalu awal membuat kritikan tanpa memahami jalan cerita. Cerita ini baru saja ditayangkan dan masih ada banyak episod lagi.

"Lagipun babak saya menetap di rumah orang, takkanlah saya hendak redah saja," katanya.

Neelofa berkata, komen negatif yang diberikan sedikit pun tidak memberi kesan dalam hidupnya.

"Nasihat saya kepada mereka yang mengkritik itu tonton dulu cerita berkenaan dan cuba faham jalan cerita," katanya.

Terdahulu, selepas tiga episod ditayangkan netizen mula memberikan komen-komen negatif di laman Twitter dengan mengatakan gandingan Neelofa dan Alif sangat tidak sesuai.

Ada yang mengatakan lakonan Neelofa kaku dan terlalu banyak 'kontrol'. Pun begitu, mereka memuji lakonan Alif sangat bagus.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.