Berita Terkini
recent

Teater Ola Bola Naskah Paling Mahal

Tiara Teater muzikal Ola Bola arahan sulung Puan Sri Tiara Jacquelina merupakan naskah termahal dalam sejarah penerbitan produksi miliknya iaitu Enfiniti Sdn Bhd.

Tiara ketika ditemui pada sidang media teater tersebut di Matic petang tadi, bagaimana pun enggan mendedahkan jumlah kos sebenar namun mengesahkan produksi kali ini menelan belanja tertinggi daripada semua teater yang pernah diterbitkan termasuklah teater The Secret Life of Nora.

Sebelum ini media pernah melaporkan desas-desus teater The Secret Life of Nora yang pentaskan pada tahun 2011 di Istana Budaya dianggarkan mencecah kos RM10 juta. Begitupun pada ketika itu tiada pengesahan tentang laporan tersebut daripada pihak Tiara.

"Apa yang boleh saya katakan, kos pementasan kali ini adalah paling mahal antara semua teater yang pernah saya terbitkan setakat ini.

"Namun bukan soal bajet yang besar jadi ukuran tetapi yang penting adalah kerana naskah itu sendiri layak untuk diberikan 'treatment' yang bagus.

"Saya tidak mahu buat sesuatu yang cincai. Alang-alang kalau kita buat sesuatu projek itu biarlah ia dijayakan dengan hebat. Dan saya benar- benar mahu berikan penonton satu pengalaman yang cukup berbeza dan luar biasa, bagaimana menonton sebuah teater muzikal seolah-olah mereka seperti berada di dalam sebuah stadium menyaksikan perlawanan bola sepak," kata ketika kepada Malaysian Digest.

Bakal dipentaskan di panggung sari Istana Budaya pada 8 Februari 2018, teater muzikal Ola Bola dibarisi pelakon muda dan berbakat antaranya Luqman Hafidz, Lim Jian Wen, Iedil Putra, Altimet dan ramai lagi.

Teater ini diinspirasi daripada filem sebenar Ola Bola arahan pengarah Cheiu Keng Guan. Filem berkenaan berjaya mendapat kutipan pecah panggung sebanyak RM15.85juta ketika ditayangkan pada tahun 2016.

Tiket-tiket teater muzikal Ola Bola sudah dijual mulai hari ini menerusi online dengan tawaran pembelian awal ('early bird') hanya berharga RM150 berbanding harga asal RM250. Tawaran tersebut sehingga 16 November 2017. Maklumat lanjut layari laman sesawang rasmi, www.olabolamusical.com
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.