Berita Terkini
recent

Tangki Petronas terbakar

Sebuah tangki menyimpan bahan kimia jenis hidrokarbon cair atau kondensat di kilang penapisan Kerteh yang dikendalikan Petronas Penapisan (Terengganu) Sdn Bhd terbakar kira-kira jam 8 malam tadi.

Bagaimanapun, Petronas yang mengesahkan insiden itu dalam kenyataan rasminya berkata, kejadian itu tidak mendatangkan kecederaan kepada kakitangan kilang berkenaan.


Menurutnya, insiden terbabit juga tidak memberi risiko kepada masyarakat yang tinggal di sekitar kilang penapisan terbabit.



"Pasukan Respons Kecemasan (Emergency Response Team) kilang segera diaktifkan sejurus insiden dan dengan bantuan Balai Bomba dan  Penyelamat (BBP) Kerteh, api berjaya dipadamkan pada jam 10 malam tadi.

"Petronas Penapisan Terengganu bekerjsama dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk menyiasat punca kejadian itu," kata kenyataan berkenaan.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.