Berita Terkini
recent

(TAKZIAH) Datuk Yana Samsuddin Meninggal Dunia Di Usia 99 Tahun

Kami menerima berita sedih bahawa datuk kepada pelakon jelita,Yana Samsuddin telah menghembuskan nafasnya yang terakhir petang semalam.

Berita sedih ini dikongsikan sendiri oleh Yana menerusi Instagram miliknya, dia memberitahu bahawa datuknya kini sudah tiada dan difahamkan telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam1.00 petang semalam.

Menerusi entri milik pelakon filem Adnan Sempit itu berkata datuknya meninggal dunia pada usia 99 tahun.

Lebih menyedihkan, dia dan datuk tinggal berjauhan di Serian, Kuching manakala dia dan suami berada di Kuala Lumpur.

Menurut Yana, walaupun dia dan datuknya berlainan agama, namun kasih sayang antara mereka tidak pernah putus. Malah, dia begitu menyayangi datuknya.

Bagaimanapun, Yana bersyukur kerana anak sulungnya, Aisy Mateen sempat berjumpa dengan moyangnya walaupun masih kecil dan tidak tahu apa-apa mengenai moyangnya.

“My Grandfather Passed away Today and it broke My Heart… RIP Babeh…Today, around 1pm (Wednesday October 18th 2017) my grandfather passed away, he was 99-years old.

“The hardest part is the distance. We are far away.. (mak) Babeh at Serian Kuching and We are here in KL. Last time kami jumpa February lepas.

“Ya, yang hidup pasti akan mati. Walaupun kami berlainan agama, tapi….
Silaturrahim kami tak pernah putus ! Kami tetap sayang kan Babeh. We love you so much.

“Syukur @AisyMateen sempat jumpa Onyang dia. Walaupun kecil tak tahu apa tapi Mommy pasti akan ceritakan kehebatan Onyang ketika mendiang masih hidup. Love you babeh. We will always miss you,” ujarnya.

Rata-rata pengikut Yana di Instagram telah meninggalkan ribuan ucapan takziah buat Yana dan keluarga.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.