Berita Terkini
recent

(Takziah) Datuk Maznah Iron Lady Meninggal Dunia

Baru sebentar tadi kami mendapat berita tentang ‘Iron Lady’, Datuk Maznah Hamid dilaporkan telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 6.10 petang.

Menurut laporan Sinar Harian, keluarga terdekat arwah memberitahu bahawa keluarganya berada di sisi arwah ketika menghembuskan nafasnya yang terakhir di Institut Jantung Negara (IJN).

“Sebagai tanda ingatan, marilah kita bersama-sama mendoakan semoga roh Allahyarham Datuk Wira Maznah diberi pengampunan, dicucuri rahmat dan ditempatkan oleh ALLAH SWT dalam kalangan para solehah,” lapor SH.

Menurut sumber lagi, difahamkan bahawa jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya pada jam 10 malam ini.

“Sesiapa yang ingin melawat jenazah, boleh ke Villa Maznah, Lot 3688, Jalan Ukay 2, off Jalan Lee Hin Neo, Ukay Heights, 68000 Ampang, Selangor,” tambah SH.

Sementara itu, difahamkan bahawa solat jenazah sudah dilakukan selepas waktu Asar tadi di Masjid Darul Ehsan, Taman TunAbdul Razak (Taman Tas, Ampang).

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Raudhatul Sakinah, (Karak 2) Taman Selasih, Kuala Lumpur.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.