Berita Terkini
recent

“Tak Terlalu Seksilah” - Nadia Brian

PELAKON Nadia Brian tidak menyangka fotonya sedang bercuti di sebuah pulau peranginan mendapat perhatian netizen di laman sosial.

Nadia atau nama sebenar Nadia Najwa Mohamed Rashidi berkata gambar dan video yang dikongsi di Instagram itu dirakam ketika bercuti bersama ibunya di Pulau Perhentian, Terengganu.
"Terkejut juga tiba-tiba followers di Instagram bertambah dan bila baca komen ada yang kata pakaian saya seksi.

"Bagi saya, ia tidaklah terlalu seksi dan gambar itu diambil ketika saya sedang bersantai di kawasan pantai.

"Saya bercuti berdua dengan ibu dan video itu dirakam oleh ibu. Saya bukan bercuti dengan mana-mana lelaki seperti yang didakwa oleh netizen," katanya.

Nadia diminta mengulas mengenai satu rakaman video yang dimuat naik di laman Instagram pada Selasa lalu yang mengundang kritikan netizen.

Dalam pada itu, aktres berusia 26 tahun ini berkata dia lebih selesa menjadi diri sendiri dan tidak mahu terlalu memikirkan kata-kata negatif yang dilontarkan terhadapnya.
Ujarnya, dia lebih selesa memilih untuk mendiamkan diri dan sebolehnya mahu dikenali kerana kerjaya dan bukannya soal peribadi.

"Malaslah nak ambil tahu benda-benda begini, yang penting saya buat hal sendiri dan tak kacau orang.

"Sejujurnya, saya tak tertekan tentang isu ini cumanya kalau boleh jangan terlalu mudah melabelkan saya dengan tanggapan yang tidak baik.

"Kalau ada yang kurang selesa dengan tingkah laku saya, saya mohon maaf," katanya.

Bercakap mengenai perkembangan terkini, Nadia bakal muncul dalam drama Dekatkan Jarak Kita (TV3) dan akan memulakan penggambaran untuk drama 50 episod berjudul Dendam Aurora (Astro Prima).


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.