Berita Terkini
recent

Tak Mahu Bertunang Lama-lama

Pelakon Betty Rahmat, 35, tidak mahu bertunang dalam tempoh yang lama justeru dia merancang melangsungkan pernikahan dengan tunangnya Ardy Damis, 30, pada Januari tahun depan.

Betty yang juga merupakan adik pengarah dan pelakon Erma Fatima selamat melangsungkan pertunangan dengan ahli perniagaan itu pada 15 Oktober (semalam) dalam sebuah majlis berlangsung di rumah keluarganya di Titiwangsa, Kuala Lumpur.

"Kami tidak mahu bertunang lama-lama. Walaupun masa agak singkat iaitu hampir tiga bulan untuk membuat persiapan majlis pernikahan, ia bukan satu masalah.

"Saya percaya andai kita merancang perkara ke arah kebaikan pasti Allah akan permudahkan. Untuk majlis pertunangan ini pun ia hanya mengambil masa seminggu," katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Pasangan ini mula menjalinkan hubungan cinta sejak empat tahun lalu.

Sebelum itu Ardy melamar Betty pada 24 September lalu sewaktu menghadiri majlis hari jadi pelakon dan anggota kumpulan De Fam, Azira yang diadakan di Bali, Indonesia.

Lamaran itu dibuat secara kejutan tanpa diketahui Betty dan rakaman detik romantis itu turut dikongsi pasangan terbabit di laman sosial mereka.

Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.