Berita Terkini
recent

Tak Benarkan Media Rakam Gambar Anak

Selama ini Shah Rukh Khan (SRK) memang tidak pernah menghalang media dan paparazi merakamkan gambar anak bongsunya, AbRam Khan.

Tetapi apabila kanak-kanak berusia 4 tahun itu mula bersekolah, dia mahu pastikan AbRam dapat bersekolah seperti kanak-kanak lain tanpa gangguan lensa kamera.

AbRam kini sudah mula bersekolah di Dhirubhai Ambani International School dari jam 9 pagi hingga 1 tengah hari. Sekolah itu menjadi pilihan pasangan selebriti di Mumbai dan pengurusan sekolah sudah sedia maklum mengenai keselamatan murid yang belajar di situ.

Menurut sumber, SRK tak mahu sesiapa merakamkan gambar anaknya di sekolah kerana tidak mahu anaknya itu berasa tertekan.

“Dulu ketika Aryan kecil sama juga. SRK tak suka Aryan diganggu dan selepas tamat sekolah di Mumbai, Aryan terus dihantar menyambung pengajian di London.

“Dia mahu anaknya bebas dan seronok di sekolah dengan kawan mereka. Lagipun, menurut SRK, paparazi sudah banyak merakam gambar AbRam dan kali ini biarlah dia rasa hidup bebas tanpa menjadi tumpuan kamera.

“SRK sangat mementingkan pendidikan anaknya,” kata sumber itu.

Bagaimanapun, ada saja paparazi yang ‘berkampung’ di tepi sekolah untuk mengambil gambar AbRam.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.