Berita Terkini
recent

Syazwan Terkilan Nasib Dirinya Digam Tidak Diambil Peduli

Pelakon Syazwan Zulkifly, 30, meluahkan rasa kesal sekaligus mendakwa persatuan Seniman tidak membantu menyelesaikan masalahnya digam sebuah stesen televisyen sejak dua tahun.



Memetik laporan mStar online, pelakon drama Sedingin Cinta Antasya itu bagaimanapun berharap persatuan yang diterajui oleh kepimpinan Zed Zaidi itu akan mengambil berat mengenai masalah dihadapinya selepas dua kali dia memperbaharui kad keahlian.

"Bayangkan saya orang Malaysia, digam oleh stesen televisyen dari Malaysia kerana artis Singapura?

"Dah dua kali saya perbaharui keahlian Seniman saya manalah tahu mereka ambil tahu dan selesaikan," katanya.

Terdahulu Syazwan kesal apabila namanya ditolak daripada terlibat dalam drama terbitan stesen televisyen gara-gara kontroversi bersama bekas kekasih yang juga pengacara Shenty Feliziana.

Dia turut memuat naik foto kad keahlian Seniman di Instagramnya berserta kapsyen dia perlu memperbaharui kad tersebut supaya kebajikan dan haknya sebagai pelakon diambil kira persatuan itu.

..

Dalam pada itu Syazwan mendakwa Seniman hanya memandang kes yang lebih popular berbanding masalah dihadapinya.

"Rasanya masalah saya ini keluar saja di blog dan surat khabar. Banyak sangat kes lain yang lagi penting atau popular kot kat Seniman itu dari kes saya untuk diselesaikan.

"Yelah kes seperti isteri kena baling handphone dengan suami lagi, kes artis saman artis lagi. Banyak, itu belum cerita kebajikan lagi," sindirnya di Instagram.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.