Berita Terkini
recent

Suzy Benci Lagu Baru Miss A

ANGGOTA kumpulan Miss A, Suzy tidak berselindung apabila dia disoal mengenai lagu Miss A yang paling tidak disukainya.

Menurut laporan portal hiburan Koreaboo, Suzy membuat pengakuan dia membenci lagu I Don't Need A Man sewaktu ditemu bual dalam rancangan JYP's Party People, baru-baru ini.

Menurut Suzy, judul lagu itu seolah-olah menolak peminat lelaki daripada meminati mereka.

"Sudahlah kami tidak mempunyai ramai peminat lelaki, lepas tu tajuk lagu macam ini pula," ujar Suzy.

Dalam pada itu, Suzy turut mendedahkan lagu yang paling digemarinya.

Kata Suzy, lagu Goodye Baby yang merupakan antara single terawal kumpulan berkenaan benar-benar menunjukkan kemampuan vokalnya.

Namun apa yang penting katanya, semua lagu kumpulan Miss A akan sentiasa diminati semua peminat.


www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.