Suspek Ugut Bunuh Apink Diburu

PIHAK polis akhirnya berjaya menjejaki identiti suspek yang membuat ugutan bunuh terhadap kumpulan Apink sejak beberapa bulan lalu.

Menurut laporan portal hiburan Koreaboo, suspek itu dikenalpasti sebagai lelaki Korea-Amerika yang tinggal di Kanada.

Walaupun masih belum ditangkap, lelaki itu bukan sahaja diburu oleh polis Korea Selatan malah turut diburu oleh Polis Antarabangsa (Interpol).

Menerusi kejadian terbaharu, lelaki itu membuat ugutan bom sewaktu konsert melibatkan Apink minggu lalu.

Dalam pada itu, suspek juga dilaporkan pernah membuat 11 ugutan sama terhadap Apink sebelum ini.
Suspek Ugut Bunuh Apink Diburu Suspek Ugut Bunuh Apink Diburu Reviewed by Kakigosip on 13:58:00 Rating: 5
Powered by Blogger.