Berita Terkini
recent

Sufian,Elfira selamat bertunang, rancang nikah Mac 2018

SELEPAS hampir lapan bulan menyulam cinta, pasangan selebriti, Elfira Loy, 23, dan Sufian Suhaimi, 25, selamat melangsungkan pertunangan kira-kira jam 4 petang tadi di kediaman keluarga Elfira di Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur.

Majlis yang dihadiri sekitar 100 orang tetamu itu turut menyaksikan Sufian menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak Elfira sebagai simbolik termeterai ikatan pertunangan di antara keduanya.

Heroin drama Qalisya itu tampak menawan menerusi persalinan rekaan Rizman Ruzaini selain disolek oleh jurusolek terkenal Najeeb Azami. Manakala Sufian pula memakai baju batik rekaan Fairuz Ramdan serta baju Melayu Rizman Ruzaini.


Setelah berbincang di antara keluarga masing-masing turut sepakat memilih bulan Mac tahun depan sebagai detik hari bersejarah mereka.


“Bulan Mac boleh dikatakan terlalu istimewa buat saya dan dia Sufian. Malah Mac depan juga kira genap setahun perkenalan kami selain ia merupakan bukan kelahiran saya.  Alhamdulillah,  semoga perancangan ini akan dipermudahkan, insya-ALLAH.

“Ikutkan  kurang enam bulan lagi, kami akan berkahwin. Masa pun berjalan begitu pantas. Mujur keluarga banyak membantu memudahkan urusan persiapan tunang dan selepas ini kahwin pula,” kongsi Elfira kepada Media Hiburan.

Sementara itu, Sufian berkata, kehadiran Elfira selama ini bagai melengkapi hidupnya.

“Syukur, majlis tunang kami sudah pun selesai dan apa yang penting, keluarga merestui apa yang kami rencanakan. Di sebalik pelbagai ujian kecil yang pernah melanda dalam hubungan kami, semuanya bagai memberi hikmah untuk terus menguatkan lagi ikatan jalinan kami.

“Saya bersyukur dipertemukan insan sepertinya. Dia menjadi individu yang sering mencabar saya melakukan apa yang dirasakan diri ini tidak mampu dilakukan. Pendek kata dia sering memberi sokongan dan galakan untuk saya menjadi insan yang lebih baik.

“Kami juga tidak melihat usia kami berkahwin muda ini sebagai satu isu besar atau hal yang ‘rare’. Ada yang menggelarkan kahwin muda ini sebagai ‘millenial couple’. Apa yang lebih penting ialah untuk kami sama-sama memikul tanggungjawab selepas berkahwin nanti,” kata Sufian.

Terdahulu, pada majlis pertunangan mereka, Elfira menyerahkan hantaran antaranya berupa tepak sirih, set haruman Dior, kek dan sepersalinan kain. Manakala Sufian pula menyerahkan cincin, sirih junjung, set haruman Dior, manisan dan sepersalinan kain.
Powered by Blogger.