Berita Terkini
recent

Sufian Jawab Isu Majlis Bertunang Macam Majlis Kahwin

Penyanyi Sufian Suhaimi menjelaskan pada awalnya dia dan Elfira sekadar mahu mengadakan majlis pertunangan secara kecil-kecilan namun bertukar menjadi meriah ekoran banyak pihak yang sudi bekerjasama menjayakan majlis mereka.

Lapor BH online, pelantun lagu Terasa Ada ini bagaimanapun enggan melatah dengan pandangan negatif dan kritikan orang ramai yang menganggap majlis mereka yang berlangsung pada Jumaat lalu cukup gah umpama majlis perkahwinan.

"Mengikut perancangan awal, kami memang mahu mengadakan majlis bertunang secara kecil-kecilan, dengan hanya membabitkan insan terdekat seperti keluarga masing-masing.

"Bagaimanapun, Elfira sudah lama berada di pentas seni, jadi ramai juga kenalan rapatnya termasuk artis dan rakan media dijemput. Justeru, liputan yang diterima cukup meluas.

"Majlis itu sendiri kelihatan gah dan meriah apabila ada banyak pihak sudi bekerjasama. Acara itu akhirnya menjadi lebih besar daripada apa yang dirancang," kata penyanyi yang baru muncul dengan single Terasa Ada itu.

Sementara mengulas mengenai kehadiran beliau pada acara terbabit, Sufian tidak berasakan ia sesuatu yang pelik.

"Saya ke rumah Elfira pun selepas majlis pertunangan selesai. Ketika acara bertunang juga, tiada liputan media kerana mereka cuma diundang selepas selesai majlis sebenar.

"Jadi, apabila saya datang kemudian berada di situ, banyak gambar kami berdua yang diambil dan dikongsi oleh pihak media serta tetamu lain," katanya.
Powered by Blogger.