Berita Terkini
recent

Sufian, Elfira Nikah Mac 2018

"Alhamdulillah majlis pertunangan hari ini berjalan dengan lancar. Insya-Allah kami akan melangsungkan pernikahan pada bulan Mac tahun hadapan.

"Tarikh (nikah) belum ditetapkan sebab kami masih mencari lokasi yang bersesuaian," kata Elfira.

Menurut penyanyi lagu Terakhir ini, pada awal perkenalan mereka hanya sekadar kawan namun  menjadi rapat apabila ramai yang memperkatakan tentang mereka. 

Hubungan pasangan ini semakin serius selepas Sufian memberikan kejutan hari lahir Elfira yang ke-23 tahun pada 8 Mac lalu dan Elfira juga pernah meraikan ulang tahunnya ke-25 dengan mengajak menaiki helikopter.

“Pertemuan pertama tidak memberikan apa-apa petanda yang kami akhirnya akan kenal lebih rapat. Kami seterusnya jadi rapat apabila ramai mula memperkatakan mengenai kami.

“Dipendekkan cerita, saya memberikan kejutan 23 kuntum bunga ros sebagai simbolik angka 23 tahun usia Elfira. 

"kemudian dia pula mengejutkan ulang tahun ke-25 saya, Mei lalu dengan mengajak menaiki helikopter dan seterusnya meraikan hari lahir di Seremban,” kata Sufian.

Pada majlis itu, pasangan ini mengenakan dua persalinan. Elfira menggayakan rekaan Rizman Ruzaini dengan solekan Najeeb Azami.



Manakala Sufian pula memakai baju batik rekaan Fairuz Ramdan dan baju Melayu pula turut mendapat khidmat Rizman Ruzaini.

Majlis yang berlangsung secara tertutup dihadiri kira-kira 100 tetamu termasuk kedua-dua ahli keluarga pasangan berkenaan dan rakan selebriti antaranya Bella Dally, Sherry Al Hadad dan Sharifah Sakinah.

Pada Jun lalu, Sufian menghantar rombongan merisik Elfira selepas empat bulan berkawan rapat dan mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak.
Powered by Blogger.