Berita Terkini
recent

Sufian dan Elfira bakal bersatu Mac 2018

SELEPAS hampir lapan bulan bercinta, pasangan selebriti Sufian Suhaimi dan Elfira Loy bakal berkahwin pada Mac tahun depan bersempena ulang tahun kelahiran dramatis cantik itu.

Menurut Elfira, mereka memilih Mac kerana ia dianggap terlalu istimewa selain genap setahun perkenalan mereka.

"Mac sangat istimewa buat kami. Moga segala perancangan menuju ke gerbang perkahwinan dipermudahkan Ilahi.

“Tepat jam 12 tengah malam pada 8 Mac lalu genaplah usia saya 23 tahun dan dia tunggu di depan rumah saya dengan jambangan 23 kuntum bunga ros. Saat itu juga dia menyatakan kesungguhannya untuk serius dengan saya. Kiranya itu detik rasmi kami menjalinkan hubungan cinta. Lebih penting, dia tidak membelakangkan ibu bapa dalam soal ini.

“Ikutkan kurang enam bulan lagi kami akan bersatu. Masa pun berjalan begitu pantas. Mujur keluarga banyak membantu memudahkan urusan persiapan majlis pertunang dan selepas ini kahwin pula,” katanya.

Pasangan ini selamat melangsungkan majlis pertunangan kira-kira jam 4 petang tadi di kediaman Elfira di Alam Damai, Cheras.

Majlis yang dihadiri 100 orang tetamu itu turut menyaksikan Sufian menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh sebagai simbolik termeterai ikatan pertunangan mereka.

Sementara itu, Sufian berkata , kehadiran Elfira melengkapi hidupnya selain bersyukur majlis pertunangan berjalan lancar.

“Alhamdulillah, akhirnya hubungan kami menuju ke fasa yang pasti. Keluarga turut merestui apa yang kami rencanakan. Di sebalik pelbagai ujian kecil yang melanda hubungan kami, terselit banyak hikmah sekali gus menguatkan lagi kasih sayang kami.

“Saya bersyukur dipertemukan dengan Elfira. Dia pemangkin semangat saya malah selalu menggalakkan saya menjadi insan yang lebih baik,” katanya.

Menyingkap kembali pertemuan mereka, pasangan ini berkenalan tahun lalu apabila Sufian mengeluarkan kenyataan untuk sebuah penerbitan bahawa Elfira adalah selebriti yang digilainya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.