Berita Terkini
recent

Sudah lali dengan kecaman

Penyanyi Zizi Kirana atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mohd Tahil telah menerima kecaman orang ramai apabila lagu terbarunya telah dimuatnaik di Youtube baru-baru ini.

Kebanyakan mereka yang mengecam Zizi dan menganggap pelantun lagu Boleh Jalan ini seorang yang tidak boleh terima teguran daripada netizen.

Malah, ada juga berkata lagu tersebut adalah sindiran kepada mereka yang pernah mengecam dirinya kerana isu berpakaian seksi sebelum ini.

Malah, Zizi berkata dia tahu pakaiannya seksi dan adanya nampak pusat, tetapi dia lebih selesa begitu.



Menurut sebuah portal online, Zizi berkata lagu tersebut dicipta untuk menyentuh isu yang berlaku di sekeliling terutamanya keyboard warrior yang sentiasa ingin mengecam.
“Tapi tak apalah, kalau haters kata saya perli mereka terpulanglah, siapa yang makan cili, dia rasa pedas,” ujar Zizi lagi.

“Lebih-lebih lagi lirik lagu tersebut ada menyebut ‘Ustazah Internet’ bermaksud hanya dia sahaja yang betul dan berhak menegur tanpa memikirkan perasaan orang lain.”
Bagaimanapun, ada juga peminat yang suka dengan rentak lagu lagu tersebut kerana begitu catchy dan santai.

Meskipun lirik lagu dikritik, Zizi juga berkata tidak menyangka lagu tersebut mendapat sambutan yang cukup baik di laman tersebut.
Lagu kontroversi itu dicipta oleh DJ Fuzz dan lirik oleh Waris. Sehingga kini di laman YouTube mendapat tontonan hampir 312,000 semenjak dimuatnaik dua minggu yang lalu.
“Walaupun ada yang panas hati dengar lagu tersebut, namun masih ada yang suka.

“Saya sendiri tidak menyangka penerimaan pendengar dan jumlah tontonan juga meningkat begitu pantas.

“Kalau ada yang nak kecam juga, kecamlah! Saya sudah lali dengan kritikan dan cacian, ” ujarnya.

Bukan mudah untuk bergelar selebriti. Setiap tindak-tanduk pasti akan diperhatikan oleh peminat. Kadang-kadang, peminat ibarat ingin menentukan setiap pergerakan dan penampilan artis mengikut apa yang mereka mahukan.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.