Berita Terkini
recent

Sooyoung Tukar Angin

BEKAS anggota Girls' Generation, Sooyoung giat mencari agensi baharu bagi meneruskan kerjaya solonya setelah meninggalkan kumpulan itu, baru-baru ini.

Menerusi laporan portal hiburan Allkpop, Sooyoung sedang berunding dengan syarikat Echo Global Group.

Menurut wakil syarikat itu, mereka mengesahkan rundingan sedang dijalankan.
"Benar, kami sedang berbincang mengenai kontrak bersama Sooyoung tetapi kami belum menandatangani apa-apa lagi," ujar wakil syarikat itu.

Antara artis yang berada dalam pengurusan Echo Global Group adalah Daniel Henney dan Claudia Kim.
Minggu lalu, agensi SM Entertainment dalam satu kenyataan memaklumkan Sooyoung, Tiffany dan Seohyun mengundurkan diri daripada kumpulan Girls Generation.

Berita menggemparkan itu mengejutkan seluruh peminat K-pop kerana kumpulan tersebut adalah antara yang paling popular di Korea Selatan.


www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.