Berita Terkini
recent

Song Joong Ki, Song Hye Kyo Kahwin Hari Ini?

PASANGAN selebriti Song Joong Ki dan Song Hye Kyo dikhabarkan menamatkan zaman bujang mereka pada Selasa di Shilla Hotel, Seoul.

Memetik laporan portal liputan6, keluarga besar Song Joong Ki tiba di Seoul dan menginap di hotel berkenaan sejak Ahad lalu.

Malah, sumber terdekat memaklumkan bintang Descendants of the Sun ini menyewa dewan kecil yang mampu menampung 300 orang dan hanya menjemput 150 orang tetamu sahaja untuk upacara perkahwinan.

Sebelum ini, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo memberitahu media mereka menginginkan sebuah perkahwinan tertutup. Persiapan telah dilakukan sejak awal tahun lalu.
Pasangan ini juga tidak akan menganjurkan sebarang sidang media berhubung majlis itu.

Selepas pernikahan, mereka dikhabarkan akan berangkat ke Eropah untuk berbulan madu.
Di Instagram pelakon tersebut, rata-rata peminat mendoakan kebahagian pasangan selebriti ini dan tidak sabar menantikan kehadiran cahaya mata mereka.


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.