Berita Terkini
recent

Sokongan Sandara Terhadap Taeyang, G-Dragon

BEKAS anggota kumpulan 2NE1 iaitu Sandara Park sememangnya dikenali sebagai individu yang gemar memberi sokongan kepada rakan artis kpop seangkatannya.

Seperti dilaporkan Koreaboo, Sandara atau Dara dilihat merakamkan gambar bersama penyanyi Taeyang yang juga ahli kumpulan Big Bang di Bangkok, Thailand.

Dara dikatakan berada di sana bagi memberi sokongan kepada Taeyang yang mengadakan konsert solonya di negara itu.

Sebelum ini, Dara pernah menghadiri konsert seorang lagi ahli Big Bang iaitu G-Dragon di Manila, Filipina.

Malah dia sempat mengadakan persembahan duet bersama G-Dragon.

Sikap Dara yang suka memberi sokongan kepada artis lain sering mendapat pujian daripada peminat sehingga menjadikan dia lebih popular walaupun 2NE1 sudah dibubarkan.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.