Berita Terkini
recent

Siti Nordiana Kongsi Kisah Cinta

PENYANYI Siti Nordiana berkongsi pengalaman kisah cinta dahulu menerusi lagu Terus Mencintai.

Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana, 32, berkata dia dapat meluahkan rasanya pada orang untuk mendengar menerusi lagu tersebut.

"Lagu itu ada kena-mengena sikit dengan kehidupan saya terdahulu. Kisah-kisah cinta monyet dulu saya masukkan dalam lagu.

"Malah, ia sangat istimewa sebab saya bagi perasaan sendiri pada orang untuk dengar.

"Mungkin ada yang pernah rasa perasaan yang sama," kata Nana .


Menurut Nana, dia perlu memilih lagu yang bersesuaian untuk buat yang terbaik supaya dapat mengekalkan momentumnya.

"Untuk lagu seterusnya saya kena pilih yang mana sesuai. Perlu cerewet sebab nak buat yang terbaik. Kali ini, saya dah dapat momentum yang baik dan perlu kekalkan," ujarnya.

Sementara itu, Nana tidak meletakkan harapan untuk memenangi vokal terbaik di Anugerah Juara Lagu 32 tambahan pula dia masih di peringkat separuh akhir Muzik-Muzik.

"Letak harapan untuk vokal terbaik itu susah sebab kita tak tahu apa akan terjadi. Ini baru separuh akhir. Belum lagi ke pentas akhir lagi," ujarnya.

Peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 menyaksikan Nana mempertaruhkan lagu Terus Mencintai berentap dengan 29 buah lagu lain pada 5 November depan.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.