Berita Terkini
recent

Siti Fazurina sudah berpisah?

Baru-baru ini teman Cik Pang sibuk bertanya, benarkah Siti Fazurina sudah bercerai. Katanya, dia ada terbaca dalam satu portal hiburan tempatan mengatakan pelakon yang pernah popular dengan drama bersiri Puteri dan Dunia Anita itu membuat pengakuan sudah berpisah dengan suami yang juga pengurusnya.

Cik Pang tanya kembali kepada teman itu, kenapa tiba-tiba dia menyebut nama Fazurina dan bertanyakan kesahihan kenyataan cerai yang diberikan itu. Katanya, baru-baru ini dia terserempak dengan pelakon yang kini aktif menulis skrip dan mengarah teater. Sewaktu terserempak, Fazurina dilihat bersama suaminya atau bekas suaminya dan seorang lagi teman.

Apabila difikirkan kembali, memang Cik Pang pun pelik mendengarnya apatah lagi teman kita yang betul-betul terserempak dengan pasangan itu di hadapan mata.


Kata teman Cik Pang itu, sewaktu bertemu dia sempat bertanya kepada Fazurina, apakah dia tersalah baca akan berita kenyataannya yang memberitahu umum sudah bercerai dengan suami.

Katanya, Fazurina enggan mengulas apa-apa dan teman Cik Pang pula tidaklah sampai memaksa, apatah lagi apabila dia mengatakan akan ceritakan sendiri apabila ada masa.

Cuma bagi Cik Pang, bukankan selama ini suami atau bekas suami Fazurina bertindak sebagai pengurusnya. Jadi tidak salah walaupun tidak lagi menjadi suami isteri, mereka tetap juga bekerjasama.



Mungkin dalam hal kerja, hanya suami atau bekas suaminya saja yang memahami Fazurina. Disebabkan sudah cukup faham antara satu sama lain, urusan kerja menjadi mudah.

Satu lagi tanggapan Cik Pang, Fazurina masih bekerjasama dengan suami atau bekas suaminya itu kerana perpisahan antara mereka berlaku cara baik. Kita memang suka fikir yang positif.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.