Berita Terkini
recent

Single Mandarin terbaharu Shila Amzah bulan depan

PENYANYI popular Shila Amzah bakal muncul dengan single terbaharunya dalam bahasa Mandarin pada bulan depan.

Bapanya yang juga penyanyi, Amir Hamzah Salleh atau lebih dikenali sebagai ND Lala, berkata melodi lagu itu dicipta oleh Shila dengan liriknya dihasilkan penulis Cina tempatan.

"Saya mengharapkan karya terbaharu Shila dapat menggamit perhatian peminat selain mampu menembusi pasaran antarabangsa khususnya pendengar dari China dan Hong Kong," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Nine 11 terbitan Bernama News Channel (BNC) di sini, hari ini.


Selain menantikan kemunculan single terbaharu itu, ND Lala berkata Shila yang menempa nama di Hong Kong ketika ini, masih giat mempromosi lagu 'Hidayahmu' yang dilancarkan Jun lepas.

Lagu yang berkonsepkan ketuhanan ciptaan sepenuhnya oleh Shila itu merupakan luahan isi hati anak sulungnya untuk lebih banyak mengingati diri sendiri selain berharap pendengar menjadikan konsep lagu itu untuk mencari keredaan kepada ALLAH SWT.

ND Lala turut memberitahu bahawa konsert My Journey Shila di Arena of Stars, Genting Highlands yang berlangsung pada Ogos lepas mendapat sambutan luar biasa sehingga kesemua tiket habis dijual.

"Saya bangga dan kagum dengan persembahan Shila pada malam itu kerana mencatat sejarah tersendiri selepas membawakan 22 lagu dalam lapan bahasa seperti Bahasa Melayu, Mandarin, Itali dan Perancis tanpa henti.

"Berikutan sambutan hebat peminat, pihak penganjur dikhabarkan terpaksa menambah kapasiti tempat duduk dan  saya difahamkan ada peminat dari luar negara seperti Hong Kong, Amerika Syarikat dan Kanada selain 400 peminat dari China sanggup terbang ke Malaysia bagi menyaksikan persembahan Shila," katanya.

Mengenai dirinya,  ND Lala berkata beliau telah menyiapkan lima single yang dirakam di Indonesia baru-baru ini termasuk “Dangdut Kaya”dan akan mempromosikannya dalam siri jelajah Program Jihad Ekonomi di seluruh negara yang merupakan cetusan dan usahanya untuk membantu meningkatkan ekonomi masyarakat.

Dalam program itu yang bermula Julai lepas, beliau akan menurunkan ilmu cara untuk menjadi usahawan berjaya selain teknik memperoleh keuntungan yang boleh mencecah RM1 juta kepada peserta
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.