Berita Terkini
recent

Singapura akan bekukan jumlah kenderaan

Jumlah kenderaan di Singapura akan dibekukan bermula Februari depan atas alasan tidak cukup ruang dan pengangkutan awam yang telah dinaik taraf.

Menurut laporan BBC, perkara tersebut yang diumumkan Jabatan Pengangkutan Darat (LTA) menyasarkan menghadkan jumlah kenderaan diatas jalan raya.

Satu polisi telah pun dijalankan iaitu menaikkan kos untuk memiliki kenderaan menerusi sistem bida Sijil Milikan (Certificate of Entitlement atau COE).

Hasilnya, harga kereta kategori sederhana boleh mencapai empat kali ganda di Singapura berbanding di Amerika Syarikat (AS).

Singapura sebelum ini mempunyai had 0.25 peratus jumlah kenderaan yang telah dikuatkuasakan sejak 2015.

Had baru (0 peratus) tersebut hanya tertakluk kepada kenderaan peribadi termasuk motosikal.

Bas dan kenderaan pengangkut barang tidak termasuk dalam had tersebut.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.