Berita Terkini
recent

‘Sikit-sikit Tanya Mana Suami, Zarina Ni Janda Ke?’ – Zarina Zainuddin

Sebut sahaja nama Azil dan Azal pasti semua orang kenal dengan dua orang anak istimewa ini. Mereka merupakan anak kepada pelakon wanita terkenal, Zarina Zainuddin.

Zarina sering berkongsi video anak-anaknya ini dan mereka merupakan pesakit Autism. Ramai yang gemar menonton video telatah mereka ini.

Untuk membesarkan mereka pastinya memerlukan kesabaran yang tinggi daripada Zarina dan suami.
Terbaru menerusi akaun Instagram Zarina sendiri, dia ada berkongsi luahan rasa, di mana ada segelintir netizen yang mempersoalkan tentang suaminya.

“Kalau nak tahu sepanjang ketiadaan saya shooting atau jual pulut kuning suami saya yang banyak membantu menjaga anak2 tapi harus ingat satu saya isteri kedua kadang suami ada kadang suami tiada dan tk perlu saya nak tayang suami saya sebab saya berkongsi suami orang..harus respect hak orang..

“Susah nak fahamkan orang sikit2 tanya mana suaminya mana suaminya..Zarina ni janda ke ?😢

“Ayoooo..suami saya sorang dari umur 22 tahun saya kawin sampai sekarang umur saya dah 47 tahun..itu lah suami dunia akhirat saya..#autismawareness #azilazal #azil,” tulis Zarina di ruang kapsyen video yang dikongsi.

Rata-rata pengikutnya memberikan kata-kata semangat buat Zarina di ruangan komen.

meqnorsyahara: Enth pelil bebnor manusia ni…nati karg tunjuk laki kata laa mcm2…mokcik pokcik bawang mcm tu laa..ap pom sy tabik kat akk….

tad.rahmat: 👍 hOrmat dan beradab. semOga kak @zarinazainuddin_ bahagia. ada juga yg dah kawin suami orang, suka sangat tayang kebahagian. kesian & hormat laa kat yang lagi sOrang tu..

zaliawati: Akak syg jgn kesah org nk kata apa. Susah ke senang ke bkn diorg yang tanggug. Ada ku kesah. Pedulikan ckp org yg minda tak berkembang tu ok. Terus dgn perniagaan akak. Kalau kita nak dgr amik apa org ckp smpi mati pun tk hbs. Klu mati pun stil nk gossip juga.

hajjahmidah.hm: Sy kagum ngn puan zarina…tahu letak kn diri di mane….semoga kekal hingga jannah….syg puan ketat2….

Buat Zarina, diharapkan anda sentiasa kuat dan tabah menghadapi segala ujian yang diberikan dalam membesarkan anak-anak syurga ini.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.