Berita Terkini
recent

Siapa Mona Di Hati Shahir?

Kecoh di laman sosial mengaitkan seorang penyanyi lelaki, Shahir AF bersama seorang pramugari yang dikenali dengan nama Mona Syamimi Samsudin.

Seperti semua sudah sedia maklum sebelum ini Shahir sering dikaitkan dengan pelakon wanita popular, Erra Fazira yang didakwa sedang bercinta.

Namun apabila timbulnya isu pramugari ini di mana terdapat beberapa keping gambar yang dilihat sangat sweet antara Shahir dan Mona yang tular baru-baru ini, telah menimbulkan tanda tanya kepada ramai pihak.

Selepas melihat gambar ini pelbagai persoalan timbul dan adakah benar Mona merupakan teman wanita kepada Shahir?

Rentetan daripada hal ini, Shahir telah tampil untuk menafikan bahawa pramugari itu bukan teman wanitanya.

Menurut satu sumber, Shahir berkata dia hanya menganggap Mona sebagai peminatnya sahaja.
“Saya mahu jelaskan, dia adalah antara penyokong kerjaya artis Akademi Fantasia (AF). Saya seorang daripadanya, maka hubungan itu atas dasar peminat dan artis semata-mata.

“Saya tak ambil serius hal ini. Tapi orang yang membaca atau melihat mungkin akan salah tafsir dengan keterangan yang ditulisnya.

“Saya anggap keterangan gambar itu hanya luahan dia (Mona) kepada artis yang diminati. Jika diikutkan, ada peminat lain yang meletakkan kapsyen seumpama itu kepada artis pujaan,” kata penyanyi ini kepada Berita Harian.

Shahir juga berkata dia kurang pasti motif Mona menulis kapsyen seperti itu, namun Shahir menganggap ianya mungkin satu gurauan dan perkara ini tidak dapat dikawal olehnya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.