Berita Terkini
recent

Shazana Perjelas Dakwaan Jawab Soalan Bocor

Reda mengenai isu penarikan diri gadis dikenali sebagai Kiera daripada program Clever Girl Malaysia, timbul satu lagi kontroversi kali ini finalis program tersebut, Shazana Kamaruzaman di dakwa menjawab soalan bocor pada episod minggu lalu.

Lapor Utusan online, Shazana bagaimanapun menegaskan jawapan yang diberikan adalah berdasarkan pengetahuannya melalui pembacaan sebelum ini.

"Memang pada mulanya saya mahu menjawab A tetapi ketika menekan buzzer, jawapan untuk B sudah dibaca. Jadi saya teringat kembali melalui pembacaan saya sebelum ini jawapan untuk soalan itu adalah B.

"Apa yang tular mungkin mereka tidak dengar jawapan B sudah dibaca. Jujurnya memang bidang sastera bukan kepakaran saya. Sebab itu bila Alif Satar minta saya bacakan kembali jawapan saya tidak boleh ulang sebab tidak dapat ingat dengan betul tajuk sebenar karya Datuk Usman Awang itu," jelasnya.

Gadis yang mewakili negeri Selangor ini berkata demikian sekaligus menyangkal dakwaan mana-mana pihak yang mengatakan dia terlebih dahulu mengetahui jawapan untuk soalan itu walaupun pilihan jawapan yang dikemukakan belum sempat dibaca sehingga habis.

Shazana menjawab soalan yang diajukan oleh tetamu jemputan Datin Sharifah Shawati dengan betul walaupun belum sempat keempat-empat jawapan dibaca.

Melalui video yang tular tu netizen kembali mempersoalkan ketelusan program ini dalam mencari gadis terpintar di Malaysia.

Ekoran kontroversi itu, dia juga laman sosialnya diserang netizen yang rata-ratanya tidak berpuas hati.

"Saya mendapat banyak komen yang tidak berpuas hati, tetapi ini tidak mematahkan semangat saya. Pengajaran yang saya dapat adalah untuk sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan,” katanya.

Selain Shazana, empat lagi finalis yang akan berentap di pentas akhir Clever Girl Jumaat ini adalah Sara Amelia, Hani Nazrina dan Fadila Zukaira.
Powered by Blogger.