Berita Terkini
recent

Sharifah Sakinah 'Ganggu' Wartawan Jadi Tular

SIKAP humor pelakon Sharifah Sakinah mengusik Nur Asyikin Mayudin ketika wartawan itu membuat rakaman menjadi tular di laman sosial.

Perkongsian asal video berdurasi kira-kira satu minit di Instagram itu dirakam ketika Nur Asyikin membuat liputan pada majlis pertunangan pelakon Elfira Loy dan Sufian Suhaimi pada Jumaat lalu.

Aksi spontan pelakon Girlfriend Aku Dari Neraka itu berdiri di belakang wartawan sambil menonton rakaman dibuat mencuit hati netizen.

Sakinah yang turut berkongsi video sama di Instagramnya meminta maaf kerana menganggu kerja wartawan berkenaan.

"Dah lah tak pakai baju kurung. Suka buat hal. Sorry kacau buat kerja. Terima kasih Dafi kerana selamatkan keadaan," tulisnya.

Setakat ini video tersebut mendapat lebih 400,000 tontonan di Instagram  @sharifahsakinah manakala lebih 10,000 kali ulang siar di laman sosial Twitter.

Sementara itu, Nur Asyikin berkata, dia tidak sedar aksi dilakukan pelakon itu ketika sedang membuat ‘stand upper’ semasa majlis berkenaan.

Bagaimanapun kata Nur Asyikin, sedutan video itu tidak disiarkan dalam liputan penuh berita pada majlis itu kerana beberapa kesilapan.

"Saya sedang fokus dan tidak perasan kehadiran Sakinah. Ia disedari selepas penyunting video mStar Online iaitu Tuan Hafis yang membuat suntingan semula sekadar mahu dikongsi dengan pengikut Instagram.

“Tetapi apabila menonton video itu saya tergelak sendiri dengan aksi Sakinah yang sememangnya melucukan.

“Sebab itu kami ambil keputusan untuk berkongsi video itu dengan pembaca  yang akan terhibur dengan aksi bersahajanya itu,” ujarnya.


Powered by Blogger.