Berita Terkini
recent

Shahir tarik diri AF Megastar

PENYANYI Shahir Zawawi menyatakan hasrat mahu menarik diri daripada pertandingan akhir AF Megastar yang akan berlangsung Ahad ini.

Berita mengejutkan itu dikongsinya menerusi laman sosial Instagram peribadi sebentar tadi.

Menerusi kenyataan itu, Shahir memilih menarik diri selepas menganggap kontroversi yang membabitkan dirinya dengan wanita dikenali sebagai Mona Syamimi Mohd Samsudin atau lebih dikenali sebagai Mimi sebagai satu sabotaj.

Dalam kenyataan sama, Shahir menegaskan ada pihak cuba menutup periuk nasinya sehingga dia tergerak hati untuk menarik diri daripada program itu.

"Tak senang hati rupanya melihat Allah bagi rezeki pada saya. Cubaan sabotaj demi sabotaj untuk menutup periuk nasi saya.

"Baiklah, demi merealisasikan impian mereka untuk menghancurkan kerjaya saya, Insya-Allah saya sendiri akan tarik diri daripada pentas akhir AF Megastar," tulisnya.

Terdahulu, gambar Shahir bersama Mimi tular di media sosial sehingga penyanyi terbabit menjelaskan wanita yang bekerja sebagai pramugari itu sekadar peminatnya.

Mona pula mendakwa, Shahir cuba menyembunyikan kebenaran apabila tidak mengakui mereka berkawan sejak sebulan lalu.

Pada pentas akhir AF Megastar, Shahir akan berentap dengan empat lagi finalis iaitu Idayu, Marsha, Bob dan Syamel.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.