Berita Terkini
recent

Setuju kerana Aishah

PENYANYI legenda Indonesia, Hetty Koes Endang, 60, akui penyertaan Aishah menjadi sebab dia menerima tawaran sebagai juri tetap Gegar Vaganza musim keempat (GV4) yang bermula malam tadi.

Penyanyi lagu Berdiri Bulu Romaku itu berkata, ketika menjadi juri sebuah program nyanyian di Indonesia, seorang peserta menyanyikan lagu popular Aishah, Janji Manismu membuatkan dia menangis.

Lantas dia terfikir di manakah Aishah menghilangkan diri selepas kali pertama mengenalinya sekitar 1990-an.

"Ketika saya menerima tawaran menjadi juri GV4, perkara pertama saya tanya adalah siapakah pesertanya?" katanya.

Selepas melihat senarai peserta bertanding dan nama penyanyi itu turut tersenarai, dia terus bersetuju.


Malah dia sanggup menolak tawaran menjadi juri pertandingan nyanyian D'Asia yang sedang berlangsung di negaranya atas sebab sama.

Pada konsert pertama yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Kompleks Sukan Bukit Jalil, Aishah yang menyanyikan lagu ‘berhantunya’ itu berjaya memperoleh markah tertinggi sebanyak 96 peratus diikuti penyanyi asal Indonesia, Firman Siagian sebanyak 91 peratus dan Hazami pula 90 peratus.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.