Berita Terkini
recent

Selepas 7 Tahun Nicole Scherzinger Bakal Reunion Dengan PCD

Selepas kumpulannya mengambil keputusan untuk berpecah pada tahun 2010 dan sejak itu Nicole Scherzinger meneruskan serta menikmati kerjaya solonya dalam muzik dan televisyen.



Kini selepas tujuh tahun, bintang seksi ini merancang mahu reunion dengan anggota Pussycat Dolls (PCD) yang lain.

Ditubuhkan pada tahun 2003 dan Scherzinger sebagai penyanyi utama, kumpulan ini bernaung di bawah pengurusan koreografer Robin Antin. Mereka pernah mengeluarkan dua album, 'PCD' (2005) dan 'Doll Domination' (2008). Selain itu, Pussycat Dolls cukup popular menerusi lagu 'Dont Cha' dan 'Stickwitu' pada tahun 2005.

Perpecahan PCD berpunca selepas masing-masing sudah tidak mempunyai persefahaman dan keitika itu Nicole dikatakan lebih dulu rancak dengan kerjaya sebagai penyanyi solo.

Sementara itu, mengulas mengenai kontroversi pada tahun 2012, Scherzinger berkata dia masih menganggap anggota PCD yang lain seperti saudaranya sendiri.

"Saya suka anggota yang lain, mereka seperti saudara perempuan saya, tetapi orang tidak tahu cerita itu. Mereka tidak tahu. Saya berada di tengah kerana saya menyanyi. Saya adalah seorang penyanyi," katanya.

Tetapi ini boleh dkata berita baik buat peminat kerana kumpulan ini berganbung semula dan membuat kemunculan serta pembaharuan untuk beberapa siri persembahan tidak lama lagi.

Selain Scherzinger, anggota lain yang turut menyertai perbincangan tersebut ialah Ashley Roberts, Jessica Sutta, Kimberly Wyatt dan Melody Thornton. Walau bagaimanapun tidak diketahui sama ada Carmit Bachar akan terlibat sama atau tidak dalam reunion mereka nanti.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.