Berita Terkini
recent

Selena Gomez Puji Dokumentari Demi Lovato

KETIKA persahabatan antara Selena Gomez dan Demi Lovato dilaporkan bermasalah sejak beberapa tahun lalu, dua bintang itu nampaknya tidak pernah berhenti menyokong satu sama lain.

Sewaktu Demi melancarkan dokumentari terbaharunya yang bertajuk Simply Complicated pada 17 Oktober lalu, Selena tampil memberi sokongan buat penyanyi itu.

Menurut laporan portal hiburan Pop Sugar, Selena melalui instagramnya memberi komen mengenai dokumentari berkenaan.

"Dokumentari itu sungguh indah, saya gembira untuk kamu.

"Kamu berterusan menjadi diri sendiri dan sangat berani. Saya harap ada ramai orang macam kamu," tulis Selena.

Komen Selena mendapat perhatian Demi apabila penyanyi itu mengucapkan terima kasih di atas sokongannya.

Interaksi itu juga seolah-olah menghentikan khabar angin yang mengatakan mereka sudah tidak bersahabat lagi.

Peminat mereka turut meluahhkan kegembiraan di laman sosial mengenai perkembangan positif antara dua bintang itu.

Demi dan Selena mula bersahabat setelah menjadi bintang Barney & Friends sewaktu berusia tujuh tahun.


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.