Berita Terkini
recent

"Sekarang Penipu Itu Yang Hidup Tidak Tenang" - Che Ta

Walaupun sakit hati dan marah kerana ditipu oleh individu yang tidak bertanggungjawab hingga mengakibatkan dia kerugian ribuan ringgit namun aktres jelita Rozita Che Wan berharap ada hikmah disebalik nasib malang yang dilaluinya itu.



Oleh sebab sudah banyak kali ditipu, ibu kepada empat cahaya mata ini seakan sudah lali dengan situasi tersebut. Namun dia sentiasa berdoa agar individu yang menganiyainya itu akan mendapat balasan.

"Boleh dikatakan, setiap hari saya dikelilingi orang yang suka menipu. Orang cacat dan ada sebatang jari pun boleh menipu, apatah lagi manusia yang normal.

"Sudah banyak kali saya berdepan dengan pengalaman ditipu membabitkan wang tetapi inilah jumlah yang paling banyak. Bagaimanapun, saya reda dan halalkan soal kehilangan wang itu. Mungkin bukan rezeki saya dan keluarga.

"Namun harus diingat, doa orang yang teraniaya sentiasa termakbul. Apabila reda, Tuhan tambah nikmat hidup saya. Sekarang penipu itu yang hidup tidak tenang kerana sudah buat salah," katanya seperti yang dilaporkan Kosmo!

Baru-baru ini media melaporkan, Che Ta berdepan kerugian wang berjumlah RM50,000 selepas seorang lelaki berpangkat Datuk gagal mengeluarkan produk minyak wangi rangkaian Precious yang dijanjikannya pada tahun lepas.

Isteri kepada pelakon Zain Saidin ini bagaimanapun sentiasa berfikiran positif dan tidak berdendam dengan individu berkenaan.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.