Berita Terkini
recent

Sekali Lafaz, Mohd Mentor Sah Jadi Suami Asyiqin

Lama menyepi dari dunia hiburan, nampaknya juara Mentor musim keempat, Mohd kini telah selamat menjadi suami dengan sekali lafaz kepada gadis yang berasal dari Pulau Pinang sebagai suri hidup.

Mohd atau nama sebenarnya, Mohd Izwan Mohd Nor, 29, telah melangsungkan perkahwinan dengan pentadbir eksekutif di sebuah syarikat swasta, Nurul Asyiqin Zaini, 24, di Pulau Pinang pada semalam.

Dalam majlis pernikahan itu, Mohd menyerahkan mas kahwin RM3,000 dan wang hantaran sebanyak RM20 ribu.

Mohd berkata dia amat berterima kasih dengan tajaan busana dan pelamin oleh Zeen Bridal, jurumekap Azim Jaafar dan jurufoto oleh Petaigraphy dan Alun Photography.


Mohd yang juga protege penyanyi popular, Ziana Zain, telah empat tahun menjalin hubungan dengan Asyiqin dan telah mengikat tali pertunangan pada 8 Oktober, tahun lalu.

Majlis itu berlangsung secara sederhana dan dihadiri oleh keluarga terdekat serta teman rapat pasangan pengantin baru itu.

“Majlis bertandang sebelah keluarga saya pula akan diadakan di Johor pada 16 Disember depan,” katanya.

Bagi meraikan hari bahagia, pasangan ini akan berbulan madu di Langkawi buat masa ini disebabkan kekangan masa.

Mengenai perkembangan dunia seni, Mohd kini dalam proses merakamkan single terbaharu. Namun, tajuk masih belum diputuskan lagi. Single terbarunya bakal dikeluarkan pada awal tahun hadapan.

“Saya ada menyertai pertandingan D’Academy Asia 3. Tapi belum mengetahui keputusan sama ada terpilih atau tidak. Kalau ada rezeki saya dapat, saya akan ke Jakarta, Indonesia untuk program tersebut” katanya.

Tahniah Kakigosip ucapkan buat Mohd dan pasangan.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.