Berita Terkini
recent

Secret Superstar lonjakkan Raj Arjun

Sebelum Aamir Khan mengundang Raj Arjun menjayakan filem Secret Superstar, tiada siapa mempedulikan pelakon itu.

Kini, ramai mahu tahu siapa Raj. Wataknya sebagai bapa yang konservatif dalam filem itu berjaya melonjakkan namanya.

“Sudah lama saya menunggu filem yang dapat menyentuh emosi dan saya dapat apa yang dicari selama ini dalam Secret Superstar,” katanya.

Raj pernah membintangi filem Raees dan Rowdy Rathore.

“Sebelum membintangi Secret Superstar, saya macam peminta sedekah. Saya pergi ke lokasi, balik rumah dan esok berlakon lagi. Langsung tidak memberi apa-apa makna.

“Sehinggalah saya dapat tawaran berlakon dalam Secret Superstar barulah berasakan diri ini pelakon sebenar,” katanya.

Dalam filem itu dia memegang watak Shabri dan bagi Raj itulah lakonan terbaiknya setakat ini.

“Watak Shabri amat menyentuh jiwa. Selepas ini saya mahu bekerja dengan mereka yang terbaik kerana dapat belajar banyak perkara dan bukan hanya muncul tanpa memberi kesan kepada penonton,” katanya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.