Berita Terkini
recent

'Saya sedia dikritik'

Nama Mark O’Dea mungkin kurang dikenali namun bagi peminat setia laman YouTube, jejaka kelahiran England ini sangat terkenal.

Popularitinya yang membuka laluan kepada jejaka berusia 26 tahun itu untuk terbabit dalam siri terbaru program pendidikan popular, Oh My English! Level Up.

Tampil sebagai guru Bahasa Inggeris bernama Mr James Blond, penampilan Mark bagi menggantikan posisi Zain Saidin yang memegang watak Mr Middleton.

Berkongsi mengenai perkara itu, Mark ketika ditemui berkata, dia bersedia menerima kritikan penonton andai ada yang membandingkan dirinya dengan Zain.

“Saya sedia dikritik penonton. Namun jika dilihat watak saya dan Zain sangat berbeza.

“Watak saya baru diwujudkan dan personaliti kami tidak sama. Namun, andai masih ada yang ingin membuat perbandingan saya terima dengan hati terbuka,” katanya.

Katanya, ini kerjasama pertamanya dengan produksi tempatan yang menghasilkan program Melayu.

Disebabkan itu, apabila ditawarkan menjayakan siri itu, dia menyifatkannya sebagai peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan.

“Saya terima tawaran ini kerana ia program yang bagus dan di England jarang ada sitkom yang menyelitkan konsep pembelajaran seperti ini.

“Saya sangat teruja dan gembira. Ini pengalaman baru malah dapat mengembangkan bakat lakonan,” katanya.

Berkongsi kerjaya seninya di sini, Mark berkata ia bermula empat tahun lalu.

“Saya bermula sebagai hos program 8TV Quikie. Kemudian, saya terbabit dalam program Jinny Boy TV dan beberapa program travelog.

“Kini, saya mula berjinak-jinak dengan dunia lokonan dan berharap dapat pergi jauh dalam bidang ini,”katanya.

Katanya, dia juga bakal terikat dengan penggambaran sebuah program travelogue pada November depan.

Menerusi program itu, Mark menyahut cabaran mendaki Annapurna Base Camp (ABC) di Nepal.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.