Berita Terkini
recent

'Saya mohon maaf kepada semua'

"Saya mohon maaf kepada semua," kata bekas suami usahawan kosmetik, Joy Revfa, Datuk Mohd Rayus Abdul Rahim.

Menurutnya,  pernikahan dan penceraian bersama Joy tidak didaftarkan kerana mempunyai sebab tertentu.



"Alhamdulillah kes melibatkan saya dan Joy selesai. Pendaftaran tidak dibuat kerana ada sebab teknikal," katanya ketika ditemui selepas prosiding di Mahkamah Rendah Syariah hari ini.


Dalam pada itu, beliau mengulangi akan mempertimbangkan tindakan undang- undang terhadap pihak yang menabur fitnah terhadapnya termasuk suami bekas isterinya, Hafiz Hamidun.


"Kenyataan Hafiz yang mengatakan saya tidak memberi kerjasama kepada Majlis Agama Islam Songkhla, Thailand adalah tidak benar," katanya.


Beliau berkata, pada peringkat awal, dia telah memberi sepenuh kerjasama kepada Joy untuk menyelesaikan perkara mereka sebelum bernikah dengan Hafiz.

"Saya kesal kerana teruk dikecam masyarakat dan reputasi terjejas," katanya.
Powered by Blogger.