Berita Terkini
recent

'Saya masih waras dan itu semua fitnah'

PENYANYI Anding menafikan dakwaan dia meminati kaum sejenis selepas penyebaran video lucah dikatakan mirip wajahnya di laman sembang Tumblr, baru-baru ini.

Anding ketika dihubungi berkata, dia terkejut dengan dakwaan tidak masuk akal itu dan adalah mustahil untuk dia melakukan perkara terkutuk itu.

"Saya ingin tegaskan yang saya masih waras dan ini semua adalah fitnah. Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengatakan saya lelaki songsang seperti yang didakwa segelintir pihak.

"Saya tidak akan sesekali melakukan perkara terkutuk itu. Saya juga tidak pernah membuat onar dengan mengambil video dan menyebarkannya," katanya.

Anding berkata, dia akan membuat laporan polis kerana ia membabitkan kredibiliti dan maruahnya.

“Saya bimbang kontroversi ini akan menjejaskan kerjaya saya kerana terdapat beberapa tawaran yang menanti.

"Tambahan pula, sudah banyak kali benda ini berlaku. Awal tahun ini, rakan saya pernah beritahu ada gambar lucah mirip saya juga. Sekarang ini video pula," katanya.

Terdahulu satu rakaman video tular menyaksikan individu menyerupai Anding dikatakan melakukan seks oral bersama seorang lelaki.

Video itu dikongsi menerusi laman sembang Tumblr dan menjadi bualan hangat netizen di Internet.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.