Berita Terkini
recent

'Saya akan berjuang tangkap Najib'

 Koordinator Deklarasi Rakyat, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berikrar akan memastikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditangkap satu hari nanti.

Dalam ucapannya di himpunan 'Sayang Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi' di Padang Timur, di sini, malam tadi, dengan nada berkobar-kobar katanya, beliau berjanji akan berbuat demikian setelah melihat pelbagai 'kerosakan' dilakukan oleh Najib.

“Saya berikrar dan bersumpah, selagi hayat dikandung badan, saya bersumpah dengan 30 juta rakyat Malaysia, saya akan berjuang secara habis-habisan untuk menangkap Najib," katanya.

Khairuddin mendakwa, perdana menteri telah melakukan kerosakan daripada pelbagai aspek, dari aspek ekonomi sehingga demokrasi negara ini, dan kerosakan itu harus dihentikan secepat mungkin.

Justeru, beliau meminta seluruh rakyat Malaysia bersatu hati melawan kerajaan kleptokrasi.

“Insya-ALLAH dengan gabungan kali kedua Tun Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas PRU14 kita akan pergi ke Putrajaya," katanya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.