Berita Terkini
recent

'Saya ada'

“INSYA-ALLAH saya ada (malam ini)."

Demikian kata finalis AF Megastar, Shahir Zawawi dalam satu video yang dimuat naik Astro Gempak di Instagram rasmi mereka, semalam.

Menerusi video terbabit, Shahir berulang kali menyebut dia akan beraksi di pentas akhir AF Megastar yang berlangsung malam ini.

"Jadi jangan lupa saksikan Konsert Final AF Megastar. Saya ada, ada, ada," katanya.

Terdahulu, juara Akademi Fantasia musim kelapan itu memuat naik status di Instagram menyatakan hasrat untuk menarik diri daripada program itu kerana menganggap dirinya disabotaj.

Ia berikutan daripada kontroversi yang berlaku antara Shahir bersama pramugari bernama Mona.

Konsert akhir AF Megastar yang akan bersiaran secara langsung di Royal Teater Shah Alam malam ini akan menyaksikan Shahir berentap bersama empat lagi finalis iaitu Idayu, Bob, Marsha dan Syamel.

Sementara itu, menerusi Instagram stories penyanyi Hafiz Hamidun, dia turut berkongsi gambar penyanyi itu hadir ketika sesi latihan konsert terbabit semalam.

"Menyibuk dekat sound check (sesi latihan) jap. Eh tu Shahir la," tulisnya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.