Berita Terkini
recent

Sarah terus mencuba

Tidak pernah putus asa walaupun singlenya kurang mendapat sambutan, penyanyi Sarah Ismail, 30, tetap akan terus mencuba.

Baginya nasib dan rezeki setiap insan berbeza-beza. Oleh itu, tiada alasannya untuk mengalah sebaliknya perlu bersyukur kerana kariernya sebagai guru vokal berkembang baik.

“Saya tidak kecewa karier nyanyian agak sendu. Mungkin ini ujian saya sebagai anak seni.

“Bukan tiada promosi, malah segala perkara sudah saya dan pengurusan lakukan namun single Percaya masih belum berjaya menawan hati pendengar.

“Mungkin juga kerana genre muzik yang saya bawa. Sebagai penyanyi saya perlu menyanyikan lagu yang sesuai dengan vokal,” katanya.

Mengulas lanjut kariernya sebagai guru vokal, Sarah yang bakal menamatkan pengajian di universiti pada tahun depan semakin seronok dengan apa yang dilakukannya itu.

Tidak hanya menjadi tenaga pengajar, malah sekali sekala dia turut dipanggil menjadi guru vokal untuk beberapa program.

Ini termasuk program dan pertandingan Sayembara Nyanyian Patriotik Selangor 2017. Program itu bagi menilai bakat anak muda dalam menyanyikan lagu patriotik.

“Saya gembira menjadi seorang daripada juri dalam program sebegini kerana jarang lagu patriotik dipertandingkan.

“Harapan saya semoga pertandingan sebegini lebih banyak diadakan pada masa akan datang,” katanya.

Pertandingan Sayembara akan bermula pada 4 dan 5 November ini dan pusingan akhir pada 11 November.

Namun terlebih dulu orang ramai yang berminat perlu mendaftar sebelum 30 Oktober ini atau mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman Facebook Majlis Bandaraya Shah Alam.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.