Berita Terkini
recent

Sara paling Clever

GADIS kelahiran Perak, Sara dinobatkan juara Clever Girl Malaysia musim kedua (CGM2) dan membawa pulang wang tunai RM100,000 selepas menewaskan tiga peserta lain, malam tadi.

Sara atau nama penuhnya Sara Amelia Muhammad Bernard, 25, mendapat markah tertinggi pada empat pusingan cabaran sekaligus mengatasi Shazana dari Selangor, Fadila (Negeri Sembilan), dan Hani (Perlis).


Terdahulu, Sara yang juga seorang lepasan Asasi Psikologi Ekonomi dan Matematik bersama tiga finalis berkenaan menewaskan sembilan peserta lain iaitu Mas (Wilayah Persekutuan), Alia (Melaka), Ain (Pahang), Ika (Sabah), Visha (Johor), dan Iylia (Kedah), Emyllia (Terengganu), Shaza (Kelantan) dan Camy (Sarawak) untuk layak ke final.

Tempat kedua pula menjadi milik Fadila atau nama penuhnya, Fadila Zuraida Mohd Nor, 25, dan membawa pulang wang tunai RM10,000.

Final CGM yang siarkan secara langsung menerusi TV3 dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, menyaksikan Shazana meraih markah terendah pada pusingan pertama dan tersingkir serta-merta.

Dua finalis yang mencatat markah rendah di pusingan kedua bertarung di pusingan ketiga dalam cabaran fizikal dengan pemenang mara ke pusingan akhir.

Terdahulu program CGM2 yang dihoskan Alif Satar itu menampilkan 13 peserta dari 13 negeri dan hanya empat peserta layak ke pusingan akhir selepas sembilan minggu berentap.

Datuk Jalaluddin Hassan turut membuat kejutan sebagai pengacara pada pusingan kedua dan ketiga.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.