Berita Terkini
recent

Sambut Hari Jadi ke-48, Gwen Stefani Dapat Rantai Berlian

Untunglah Gwen Stefani... dapat hadiah istimewa daripada kekasihnya, pemuzik Blake Shelton sempena ulang tahunnya yang ke-48 yang jatuh pada 3 Oktober lalu.

Lapor Aceshowbiz, bekas vokalis kumpulan No Doubt itu menerima seutas rantai berlian yang bernilai USD60,000 (kira-kira RM253,830).

"Gwen sangat terkejut kerana Blake memberikannya rantai berlian Cartier 12.5 karat yang dilapisi dengan emas putih 18 karat," dedah sumber.

Selain hadiah, Gwen juga mendapat mesej 'pesanan' daripada teman lelakinya itu

"Selamat ulang tahun @gwenstefani!!! Jangan sesekali sakiti hatiku!" tulis Blake Shelton.

"Terima kasih telah menyelamatkan hidupku," balas Gwen.

Powered by Blogger.