Berita Terkini
recent

Salma Tak Pernah Kecewa

PENYANYI Salma mengaku tidak pernah kecewa malah sentiasa positif walaupun perjalanan seninya begitu perlahan sebelum ini.

Salma atau nama sebenarnya Salma A.Asis, 26, berkata, dia bersyukur kerana kariernya semakin baik pada pada 2017.

"Selepas menjuarai Mentor pada 2011, karier saya masih tak kemana. Selepas itu saya pun menghilang sekejap.

"Tapi kini Alhamdulillah, semuanya semakin baik. Orang pun mula menyedari bakat saya dan menerima kehadiran saya sebagai penyanyi," katanya.

Salma ditemui sewaktu pelancaran muzik video terbaharunya, Akhirnya Cinta di Neway, 1 Utama Shopping Centre, pada Khamis.

Dia yang juga juara keseluruhan program nyanyian Tiga Juara melancarkan single tersebut pada April lalu.

"Selepas tujuh bulan single dilancarkan baru terbitkan video muzik sebab saya mahukan hasil yang terbaik.

"Konsepnya pula sangat unik. Hanya saya seorang sahaja dalam video itu dan ia lebih fokus pada ekspresi saya," ujarnya lagi.

Single Akhirnya Cinta sebelum ini dipilih menjadi lagu runut bunyi bagi drama Ku Kirim Cinta lakonan Ayda Jebat dan Redza Rosli.

Lagu ciptaan Ajai dan lirik oleh Slen Fadzil ini turut tersenarai untuk bertanding di peringkat separuh akhir Muzik Muzik pada 29 Oktober ini.

Dalam pada itu, Salma juga bakal tampil dengan sebuah lagi single baharu ciptaan Ajai pada Disember depan.


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.